![](https://media.buletintv3.my/2025/02/Brighton.jpg)
LONDON: Brighton muncul pasukan paling berbelanja besar dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada dua jendela perpindahan bagi musim 2024-2025 dengan nilai mencecah 231.4 juta pound (RM1.28 bilion).
Bos baharu Brighton, Fabian Hurzeler membawa masuk beberapa muka baharu pada musim panas lalu termasuk Georginio Rutter, Yankuba Minteh dan Matt O’Reilly.
Memasuki jendela perpindahan Januari, mereka menandatangani penyerang Greece, Stefanos Tzimas.
Brighton ketika ini menghuni tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris dan kelab kedua berbelanja paling tinggi adalah pasukan di tangga ke-13, Manchester United diikuti tetangganya, Manchester City di tangga ketiga.
Liverpool pula di tangga terakhir namun muncul pendahulu liga ketika ini.
Kelab-kelab EPL dilaporkan membelanjakan lebih 2 bilion pound (RM11.1 bilion) dalam dua jendela perpindahan bagi musim 2024-2025.
Berikut senarai penuh perbelanjaan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris musim ini:
1. Brighton 231.4 juta pound
2. Manchester United 202.1 juta pound
3. Manchester City 200.8 juta pound
4. Chelsea 196.7 juta pound
5. Aston Villa 176.9 juta pound
6. Tottenham 136.6 juta pound
7. Ipswich 126.4 juta pound
8. West Ham 119.3 juta pound
9. Bournemouth 104.1 juta pound
10. Southampton 100.9 juta pound
11. Arsenal 90.1 juta pound
12. Nottingham Forest 86.8 juta pound
13. Brentford 81.0 juta pound
14. Wolves 77.7 juta pound
15. Crystal Palace 76.0 juta pound
16. Fulham 75.6 juta pound
17. Leicester City 73.6 juta pound
18. Newcastle 56.2 juta pound
19. Everton 41.3 juta pound
20. Liverpool 34.7 juta pound
(1 pound = RM5.524)
– AGENSI
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.