Tumpuan :
Sukan

Brighton akhiri rentak kemenangan Man City

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola (kiri) dan bos Brighton, Roberto De Zerbi bersalaman sebaik tamat aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Komuniti American Express, Brighton – FOTO: Reuters

BRIGHTON: Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City seri 1-1 menentang Brighton untuk melebarkan rentak tanpa kalah mereka kepada 25 perlawanan.

Satu mata sudah mencukupi buat Brighton untuk mengesahkan kedudukan di tangga keenam liga dan layak ke Liga Europa musim depan serta menamatkan deretan kemenangan City.

Phil Foden meletakkan City di depan, tetapi Brighton kembali menyamakan kedudukan menerusi percubaan jarak jauh Julio Enciso.

“Hanya 48 jam sebelum mereka minum kesemua alkohol di Manchester. Hari ini mereka menunjukkan kenapa mereka adalah juara.

“Kami merendah diri dan banyak berlari. Sebab itu kami juara untuk beberapa tahun, pemain-pemain ini menunjukkan sesuatu yang istimewa,” kata pengendali City, Pep Guardiola.

Sebelum perlawanan Guardiola memuji bos Brighton, Roberto De Zerbi, yang dianggapnya sebagai antara pengendali paling berpengaruh sepanjang 20 tahun lalu.

Guardiola menunjukkan rasa hormatnya dengan menurunkan kembali pemain-pemain bintang yang tidak beraksi ketika kemenangan 1-0 ke atas Chelsea pada Ahad lalu.

Pengendali City itu mengeluarkan Foden, John Stones dan Bernardo Silva di babak kedua bagi memastikan pemain-pemainnya kembali cergas menjelang final Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah bulan depan.

Loading...
Terkini