Tumpuan :
Sukan

Brazil mahu Mourinho

Brazil rancang dapatkan khidmat Jose Mourinho. FOTO : Reuters

LONDON: Brazil merancang mendapatkan khidmat pengurus Roma, Jose Mourinho selepas mereka disingkirkan Croatia pada suku akhir Piala Dunia.

Selecao antara pasukan pilihan menjuarai Piala Dunia namun tewas mengejut dan bertambah perit apabila musuh tradisi, Argentina muncul juara.

Tite meletak jawatan selepas dikecewakan menerusi penentuan penalti oleh pasukan dari Eropah itu dan La Repubblica kini melaporkan FA Brazil berminat mendapatkan ‘The Special One’.

Brazil dilaporkan sudah pun menghubungi ejen Mourinho, Jorge Mendes untuk tujuan itu.

Pada 2017, Mourinho berkata: “Jelas sekali ia amat menarik, mana-mana jurulatih mahu bekerja dengan kelab terbaik dan pemain terbaik. Pasukan Brazil jelas mendahului kejayaan.

“Dengan bakat tanpa mengira generasi apa sekali pun, mereka tidak ketandusan pemain hebat.

“Tetapi saya akui, ia pastinya sukar. Terdapat ramai jurulatih bagus berbanding yang lain. Saya rasa ia cabaran amat sukar tetapi tetap mengujakan.”

Brazil sebelum ini dilaporkan cuba mendapatkan pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti tetapi pengurus dari Itali itu tidak berminat dengan tawaran dan dia hanya akan meninggalkan gergasi Sepanyol terbabit jika dipecat. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini