comscore
Tumpuan :
Sukan

Boling: Skuad negara tambah dua kilauan emas, satu gangsa acara beregu di Kejuaraan Asia

FOTO: Bowling Malaysia/ Facebook

Oleh: Saiyed Ismail

BANGKOK: Momentum pemain boling kebangsaan terus konsisten apabila memastikan Malaysia menaiki podium juara lagi di Kejuaraan Asia ke-27 hari ini.

Tun Ameerul Luqman Al-Hakim Tun Hasnul Azam yang bergandingan bersama Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh memastikan skuad negara memenangi emas acara beregu dengan catatan 2,647 mata keseluruhan.

Mereka mengenepikan tentangan Korea Selatan yang terpaksa akur meraih pingat perak dan gangsa.

Pemain wanita pula lebih cemerlang, menerusi kejayaan pingat emas serta gangsa di Blu-O Rhythm & Bowl Ratchayothin.

Natasha Mohd Roslan dan Sin Li Jane mengumpul 2,614 jatuhan pin keseluruhan di tempat pertama, diikuti wakil Korea Selatan kedua dibezakan 60 mata.

Nur Syazwani Sahar bersama Nora Lyana Nastasia Norkamal di podium ketiga menerusi 2,450 mata.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini