comscore
Tumpuan :
Sukan

Boling: Rafiq, Hafiz dan Syafiq pastikan Malaysia dominasi acara perseorangan Kejuaraan Asia

Foto Bowling Malaysia

Oleh: Saiyed Ismail

BANGKOK: Juara dunia boling, Mohd Rafiq Ismail melaungkan amaran awal kemampuan Malaysia mempertahankan gelaran juara keseluruhan lelaki apabila mengetuai dominasi pingat emas, perak dan gangsa kategori perseorangan di Kejuaraan Asia hari ini.

Atlet berusia 26 tahun itu yang pulang dengan pingat perak acara sama dari Hong Kong tahun lalu kembali semula ke pentas sama dengan prestasi yang lebih memberangsangkan.

Rafiq mengumpul 1,419 jatuhan pin keseluruhan sekaligus ditabalkan sebagai juara dan memastikan kilauan emas pertama buat negara.

Lebih bermakna, dua rakan senegara turut mencatat mata tinggi dengan mengisi kedudukan kedua dan ketiga.

Mohd Hafiz Zainuddin meraih pingat perak menerusi 1,383 pin sementara pingat gangsa milik Syafiq Ridhwan Abdul Malek yang dibezakan 13 mata.

Daripada enam pemain wanita yang beraksi acara perseorangan, Nora Lyana Nastasia Norkamal menduduki tempat terbaik di tangga keenam dengan 1,301 mata.

Acara seterusnya Kejuaraan Asia edisi ke-27 di Thailand itu ialah beregu menyaksikan saingan sehingga 26 September ini menawarkan 12 pingat emas kesemuanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini