Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Tunku Ismail rasmi padang baharu Stadium Nasional

BUKIT JALIL: Selepas menjalani proses pertukaran rumput kepada jenis Zeon Zoysia sejak Mac lalu, Stadium Nasional, Bukit Jalil kini berwajah baharu.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berkenan menyempurnakan simbolik perasmian di Stadium Nasional, yang menyaksikannya turut meninjau peralatan digunakan dan keadaaan bahagian tengah padang.

Baginda yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim menaja dana bagi menggunakan rumput jenis tersebut dengan Kementerian Belia dan Sukan turut membelanjakan 4.7 juta ringgit lagi untuk kerja-kerja berkaitan.

Turut hadir mengiringi baginda ialah Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Hans Isaac serta Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Faidz Sanusi dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin.

Gelanggang tersebut akan melangsungkan perlawanan sulung bola sepak menerusi saingan Pesta Bola Merdeka esok.

Pasukan kebangsaan dijadual menentang India jam 9 malam, dengan pemenang bakal berdepan Tajikistan di perlawanan akhir di venue sama Selasa nanti.

Loading...
Terkini