comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Sri Pahang jadi mangsa Sabah FC di Likas

Foto: Facebook Malaysia Football Leages – Pemain Sabah FC meraikan jaringan sewaktu menewaskan Sri Pahang 4-0 di Stadium Likas dalam aksi ke-17 Liga Super

KOTA KINABALU: Cubaan Sri Pahang menggugat kedudukan Selangor FC di tangga kedua Liga Super bertukar sebaliknya apabila dibedal Sabah FC dalam aksi ke-17.

Perlawanan di Stadium Likas, Kota Kinabalu itu menyaksikan Darren Lok meletakkan tuan rumah mendahului 1-0 minit kelapan.

Ramon Machado menggandakan jaringan Sang Badak seminit sebelum separuh masa tamat.

Barisan Tok Gajah kemudian terus gagal bangkit pada baki 45 minit berikutnya.

Perjuangan anak buah Datuk Ong Kim Swee bersemarak lagi dengan menyumbat dua gol pantas dalam tempoh empat minit.

Masing-masing menerusi jaringan kedua peribadi oleh Darren minit ke-65 disusuli penyudah Stuart Wilkin yang menjaringkan gol terakhir perlawanan.

Keputusan 4-0 memastikan Sabah FC merakam kemenangan ketiga berturut-turut dan mengumpul 33 mata di tangga kelima.

Barisan Fandi Ahmad pula kembali menempa kekalahan selepas tiga kemenangan dan berada di kedudukan keempat berkelebihan satu mata ke atas Sabah FC.

Loading...
Terkini