comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Skuad kendalian Osmera Omaro mulakan kempen Piala Asia B-17 berdepan Yemen

Jadual perlawanan skuad B-17 negara di Piala Asia. – FOTO: FAM / Facebok

Oleh Al Shaiful Nazib Talib

KUALA LUMPUR: Skuad bawah 17 tahun negara kendalian Osmera Omaro akan memulakan kempen Piala Asia B-17 dengan berdepan Yemen dalam saingan kumpulan A.

Ia diikuti dengan pertemuan menentang pasukan tuan rumah, Thailand sebelum menamatkan saingan peringkat kumpulan berdepan Kemboja.

Berdasarkan kepada jadual perlawanan yang dikeluarkan badan induk bola sepak Asia, AFC, perlawanan Malaysia dan Yemen akan berlangsung pada 15 Jun, jam 6 petang waktu Malaysia dengan Stadium Thammasat menjadi gelanggang pertarungan.

Dan pertemuan menentang tuan rumah Thailand pula akan berlangsung di Stadium Pathum Thani dua hari berselang iaitu pada 18 Jun, jam 8 malam.

Skuad B-17 kebangsaan kemudiannya akan kembali ke Stadium Thammasat untuk aksi terakhir kumpulan A berdepan Kemboja pada 21 Jun, jam 8 malam.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan meneruskan cabaran diperingkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada 25 Jun.

Dan peringkat separuh akhir pula akan mengambil tempat pada 29 Jun dengan aksi final akan berlangsung tiga hari berselang pada 2 Julai.

Skuad kendalian Osmera layak ke saingan Piala Asia selepas bergelar juara kumpulan B pada saingan kelayakan yang berlangsung di Indonesia Oktober tahun lalu.

Loading...
Terkini