Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Selangor FC pintas KDA FC, isi kedudukan kedua liga

Rauf Salifu raikan jaringannya buat pasukan Selangor. – FOTO: MFL

KELANA JAYA: Selangor FC memanfaat kekalahan yang dialami KDA FC apabila merampas kedudukan kedua liga selepas kemenangn 3-0 yang diraih ke atas Kelantan FC.

Ia menyaksikan Selangor kini hanya dipisahkan dengan perbezaan 5 mata berbanding Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mengungguli carta dengan jumlah 24 mata penuh.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, Selangor memecah kebuntuan menerusi jaringan penyerang import, Ayron Del Valle pada minit ke 27.

Ketika masa sebenar perlawanan berbaki 10 minit, Rauf Salifu mengukuhkan kedudukan buat Gergasi Merah apabila penyerang dari Ghana itu berjaya meledak gol kedua.

Kesilapan penjaga gol Kelantan, Rozaimi Rahamat menangkap kemas bola pada minit ke-90 membolehkan Salifu meledak gol kedua peribadinya, sekali gus mengesahkan kemenangan ketiga berturut-turut Selangor sepanjang Ramadan.

Anak buah Tan Cheng Hoe kini mengumpul 19 mata, lima mata di belakang pendahulu, JDT dan tiga mata di depan KDA yang menghuni tangga ketiga.

Kelantan yang baru melantik Frank Bernhardt sebagai ketua jurulatih baharu berada di kedudukan kedua tercorot dengan hanya mengumpul empat mata dalam lapan perlawanan.

Loading...
Terkini