COPENHAGEN: Denmark memilih untuk mengumumkan seramai 21 nama terlebih dahulu daripada skuad lengkap diisi 26 pemain.
Jurulatih Kasper Hjulmand menyenaraikan enam pemain yang beraksi di Liga Perdana Inggeris memperkuat pasukan termasuklah tonggak tengah Manchester United Christian Eriksen yang rebah selepas mengalami serangan jantung ketika Euro 2020 Jun tahun lalu.
Denmark dijangkakan memuktamad pemilihan pemain selewat-lewatnya Isnin depan iaitu sehari sebelum mereka terbang ke Qatar.
“Ada 10 hingga 12 pemain bersaing untuk mengisi lima slot itu. Banyak perkara boleh berlaku tetapi ia berada di landasan tepat,” kata Hjulmand mengenai pemilihan baki pemainnya.
Nama-nama besar semi finalis Euro 2020 itu yang dinyatakan ialah penjaga gol Kasper Schmeichel, Joakim Maehle, Andreas Christensen, Joachim Andersen, Pierre-Emile Hojbjerg, Martin Braithwaite serta ketua pasukan sebelum ini Simon Kjaer.
Jannik Vestergaard dan Yussuf Poulsen pula masih belum mendapat tempat dikalangan skuad yang dijadual menentang Tunisia dalam kumpulan D pada 22 November sebelum juara bertahan Perancis dan Australia menyusul berikutnya. – Reuters
Skuad Denmark:
Penjaga gol: Kasper Schmeichel (Nice/PER), Oliver Christensen (Hertha Berlin/JER)
Pemain pertahanan: Daniel Wass (Brondby), Rasmus Nissen Kristensen (Leeds United/ENG), Jens Stryger Larsen (Trabzonspor/TUR), Joakim Maehle (Atalanta/ITA), Andreas Christensen (Barcelone/SEP), Simon Kjaer (AC Milan/ITA), Joachim Andersen (Crystal Palace/ENG), Victor Nelsson (Galatasaray/TUR)
Pemain tengah: Pierre-Emile Hojbjerg (Tottenham/ENG), Thomas Delaney (Seville/SEP), Christian Eriksen (Manchester United/ENG), Mathias Jensen (Brentford/ENG)
Penyerang: Mikkel Damsgaard (Brentford/ENG), Andreas Skov Olsen (Club Brugge/BEL), Jesper Lindstrom (Eintracht Frankfurt/JER), Martin Braithwaite (Silkeborg), Kasper Dolberg (Seville/SEP), Jonas Wind (Wolfsburg/JER), Andreas Cornelius (FC Copenhagen)