LONDON: Chelsea telah bersetuju dengan perjanjian untuk menandatangani pemain tengah Ecuador, Moises Caicedo dari Brighton & Hove Albion.
Menurut laporan media semalam, yuran perpindahan itu dikatakan menjadi rekod Britain.
Chelsea diberitakan akan membayar 115 juta pound ($145.98 juta), mengatasi rekod sebelumnya sewaktu mereka membeli Enzo Fernandez dari Benfica pada harga 106.8 juta pada Januari.
Difahamkan Caicedo akan menandatangani kontrak lapan tahun, dengan The Blues membayar 100 juta ditambah 15 juta sebagai tambahan.
Chelsea terpaksa meningkatkan bidaan mereka untuk memikat Caicedo beberapa kali sehingga akhirnya mencapai perjanjian, selepas pesaing terdekat Liverpool juga mencapai persetujuan dengan The Seagulls yang dilaporkan sekitar 111 juta pound. – Reuters