Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Peluang baik Harimau Malaya di pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia

Undian lengkap laluan kelayakan ke Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 termasuk Malaysia

BUKIT JALIL: Pasukan kebangsaan hari ini diundi dalam kumpulan D Pusingan Dua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bersama Oman, Republik Kyrgyzstan dan pemenang Peringkat Satu diantara Taiwan ataupun Timor Leste.

Dalam majlis undian yang diadakan di Rumah AFC di sini, peluang Harimau Malaya dilihat amat baik memandangkan tidak diletakkan bersama pasukan handalan Asia yang lain.

Cabaran terbesar diramal menanti barisan Kim Pan Gon ialah Oman yang menduduki ranking ke-73 dunia.

Satu lagi pasukan dari Asia Tengah, Republik Kyrgyzstan pula berada di kedudukan jauh, ke-97 di atas Malaysia namun masih boleh memberi cabaran memandangkan tidak bernasib baik tewas 0-1 dalam aksi persahabatan di Melaka pada 2018.

Aksi Pusingan Satu mencari pemenang diantara Taiwan dan Timor Leste dijadual pada 12 dan 17 Oktober nanti.

Selepas itu barulah perlawanan fasa seterusnya, membabitkan sembilan kumpulan diisi 36 pasukan termasuk Malaysia bermula 16 November nanti.

Loading...
Terkini