Tumpuan :
Sukan

Bola Sepak – Pan Gon panggil Aliff Izwan sertai kem Harimau Malaya, masalah kesihatan paksa Faiz Nasir digugurkan

Oleh Saiyed Ismail Saiyed Hussin 

PETALING JAYA: Kem latihan pusat Harimau Malaya melakukan perubahan kecil ketika fasa persiapan ke Piala AFF 2022 membabitkan pertukaran pemain.

Jurulatih Kim Pan Gon mula melihat potensi dimiliki Aliff Izwan Yuslan yang sedang mengikuti program skuad bawah 23 tahun (B-23) berakhir hari ini sekaligus memanggilnya menyertai pasukan senior bermula esok bersama-sama dengan Muhammad Rahadiazli Rahalim yang telah disenaraikan lebih awal.

“Pemain tersebut telah menarik perhatian Pan Gon ketika skuad Harimau Malaya mengadakan sesi latihan bersama dengan skuad B-23 kebangsaan kendalian E. Elavarasan pada 30 November dan 1 Disember lalu serta perlawanan latihan membabitkan kedua-dua pasukan pada 2 Disember lalu,” menurut kenyataan dikeluarkan FAM hari ini.

Jurulatih pasukan B-23 E. Elavarasan yang juga merupakan penolong Pan Gon turut memberikan pengesyoran penyenaraian pemain tersebut ke skuad senior.

Berusia 18 tahun, Aliff yang bermain di posisi serangan Selangor FC 2 mempunyai rekod baik ketika mewakili pasukan bawah 19 tahun (B-19) negara di kelayakan Piala Asia 2023 di Mongolia September lalu dengan mengumpul tiga jaringan semasa melawan Mongolia dan Sri Lanka.

Dalam perkembangan berkaitan, skuad senior terpaksa menggugurkan pemain tengah Muhammad Faiz Mohd Nasir dari kem latihan selepas mengalami masalah kesihatan yang menyebabkannya tidak dapat meneruskan program.

Loading...
Terkini