comscore
Tumpuan :
Sukan

Bola sepak: Muangthong United bangkit ikat Selangor FC

FOTO: Selangor FC

Oleh: Saiyed Ismail

PETALING JAYA: Satu lagi wakil negara di kancah Asia, Selangor FC juga membuat permulaan positif di saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

Skuad bimbingan Mohd Nidzam Jamil itu dinafikan tiga mata pertama dalam aksi Zon Timur Kumpulan H apabila diikat Muangthong United 1-1 sebentar tadi.

Red Fiants yang berkunjung ke gelanggang lawan di Stadium Rajamangala di Bangkok akhirnya memecah kebuntuan jaringan di separuh masa kedua.

Minit ke-47 Ronnie Fernandez merembat masuk dari jarak dekat hasil hantaran dari Yohandry Orozco.

Namun kelebihan itu hanya bertahan tujuh minit sahaja menayaksikan Purachet Thodsanit menjaringkan gol penyamaan tuan rumah.

Keputusan 1-1 itu membolehan Selangor FC yang kembali ke pentas Asia sejak 2016 membawa pulang 1 mata berharga.

Tugasan mereka seterusnya ialah menghadapi Cebu FC dari Filipina 3 Oktober di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini