JEDDAH: Laluan tujuh pasukan di kempen Piala Dunia Kelab FIFA 2023 akhirnya diketahui menerusi acara undian hari ini.
Juara Eropah dan Amerika Selatan yang ditetapkan terus ke separuh akhir menyaksikan Manchester City dijadual menanti pemenang perlawanan tiga membabitkan jaguh Asia dan CONCACAF.
Satu lagi slot separuh akhir diisi pemenang CONMEBOL yang bakal ditentukan pada November nanti berdepan sama ada Juara Afrika iaitu Al Ahly dan pemenang perlawanan pertama membabitkan tuan rumah Al Ittihad dengan Juara Oceania, Auckland City.
Club Leon akan berentap dengan Urawa Reds untuk menempah slot di fasa empat terbaik.
Edisi ke-20 Piala Dunia Kelab FIFA dijadual 12 hingga 22 Disember nanti di Jeddah, Arab Saudi menjadi pertandingan terakhir disertai enam juara benua dan juara tuan rumah.
Kelab mengambil bahagian telah dikembangkan kepada 32 pasukan pada tahun berikutnya.