Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Manchester City pintas Arsenal, Haaland pahat sejarah

Penyerang Manchester City, Haaland meraikan gol penting menentang Fulham yang menjadikannya pemain liga Inggeris pertama mengumpul 50 jaringan dalam semua pertandingan semusim sejak 1931

LONDON: Penguasaan Arsenal di persada Liga Perdana Inggeris terhenti apabila turun ke tangga kedua selepas kedudukannya dirampas Manchester City.

Dalam pertemuan skuad bimbingan Pep Guardiola dengan Fulham di Craven Cottage, Cityzens berterima kasih kepada jaringan disumbangkan Erling Haaland dan Julian Alvarez yang dilakukan pada minit ketiga dan ke-36.

Ia memberikan mata ke-76 daripada 32 perlawanan yang dilalui Manchester City menerusi 24 kemenangan dikumpul beserta empat seri.

Gol tuan rumah dihasilkan oleh Carlos Vinicius minit ke-15.

Arsenal dijadual turun beraksi di perlawanan ke-34 pagi Rabu nanti menentang Chelsea sama ada dapat mengubah 75 mata yang dimiliki ketika ini.

Loading...
Terkini