BUKIT JALIL: Gol sendiri dan jaringan kedua peribadi Dion Cools memastikan pasukan kebangsaan kembali bernyawa apabila mengikat Kyrgyzstan 3-3 berbaki 10 minit lagi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Merk Kai terlebih dahulu melebarkan kelebihan pelawat di Stadium Nasional, Bukit Jalil menerusi penyudah minit (m) 56.
Hantaran lintang Arif Aiman Mohd Hanapi kemudian ditolak ke gawang sendiri oleh Khristiian Brauzman m-71 sebelum Cools sekali lagi menanduk masuk sepakan penjuru Arif Aiman m-73 untuk menjadikan kedudukan semasa 3-3.