comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Hong Wan, Velazquez pastikan Piala FA tidak dibawa pulang Kuala Lumpur City

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Piala FA selepas menumpaskan Kuala Lumpur City 2-0 di perlawanan akhir malam ini.

Kejayaan Harimau Selatan menjulang trofi edisi ke-33 membolehkan skuad bimbingan Esteban Solari itu mempertahankan gelaran yang dimenangi tahun lalu semasa menumpaskan Terengganu (TFC) di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

JDT terpaksa menunggu sehingga minit ke-66 untuk menembusi gawang Kuala Lumpur City hasil percubaan kencang dari luar kotak penalti Shio Hong Wan.

Lapan minit berselang, giliran Leandro Velazquez memanfaatkan situasi kelam kabut di depan gawang lawan untuk menembusi gawang dikawal Kevin Ray Mendoza buat kali kedua.

Pelawat yang dibimbing Bojan Hodak tampil bijak di Stadium Sultan Ibrahim dengan memberikan saingan kepada JDT sejak dari sepak mula.

Mereka beberapa kali melepasi kekentalan benteng pertahanan membuatkan penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed terpaksa memainkan peranan mengawal keadaan.

Keputusan 2-0 sebaik wisel penamat memastikan Piala FA berada di selatan tanah air buat kali keempat iaitu 1998, 2016, 2022 dan 2023.

Loading...
Terkini