comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Hodak tinggalkan Kuala Lumpur City, jadi jurulatih baharu Persib Bandung

Foto: Facebook Kuala Lumpur City

PETALING JAYA: Khidmat Bojan Hodak bersama Kuala Lumpur City berakhir apabila City Boys mengumumkan perpisahan dengan jurulatih berusia 52 tahun itu.

Hodak yang diikat pasukan Lembah Klang itu pada Januari 2021 melepaskan jawatan untuk berpindah ke Liga Indonesia.

Jurulatih kelahiran Zagreb, Croatia itu bakal mengendalikan Persib Bandung yang bertanding di saingan teratas negara jiran menerusi pengumuman di laman sosial mereka.

Pemergian Hodak merupakan satu tamparan hebat kepada Kuala Lumpur City yang berjaya mendapatkan pencapaian mantap sepanjang 31 bulan bersama.

Dibawah pendekatan perbelanjaan ketat pasukan, mereka menjulang Piala Malaysia 2021 menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 di perlawanan akhir.

Skuad Warga Kota kemudian menjadi Naib Juara Piala AFC pada tahun berikutnya apabila tewas di perlawanan akhir 0-3 di tangan kelab Oman, Al Seeb, sebelum Kuala Lumpur City sekali lagi ke penentuan juara Piala FA 2023, menyaksikan tewas 0-2 kepada JDT sekaligus terpaksa akur dengan gelaran Naib Juara.

Hodak pernah melatih UPB-My Team, Kelantan, JDT, Pulau Pinang dan Malaysia Bawah 19 Tahun di negara ini manakala pada 2020 beliau membimbing PSM Makassar selama semusim di Indonesia.

Tempatnya akan digantikan bekas pembantu, Nenad Bacina yang bakal kembali bersama pasukan.

Loading...
Terkini