comscore
Tumpuan :
Sukan

Bola Sepak: Harimau Malaya lepas peluang sedozen gol di separuh masa pertama

BUKIT JALIL: Peluang pasukan kebangsaan untuk menghidupkan peluang menghuni tangga kedua kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/ 2027 semakin pudar.

Barisan kendalian Kim Pan Gon mencipta lebih 12 peluang di separuh masa pertama ketika menentang Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Enam daripadanya menerusi Mohd Safawi Rasid, diikuti Mohd Akhyar Abdul Rashid serta Endrick Dos Santos dan Paulo Josue.

Malaysia memerlukan kemenangan besar sekurangnya tujuh gol malam ini namun tugasan tersebut semakin hampir jauh untuk digapai setelah pelawat mendahului hasil penyudah Yu Yao-Hsing minit ke-20.

Situasi terbaharu itu menyaksikan pemain negara perlu menambah kelebihan jaringan selain mengharapkan pencabar terdekat Kyrgyzstan tewas dengan skali besar kepada Oman bagi perebutan tangga kedua kumpulan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini