comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Halim, Partiban perkuat Hijau Kuning

Halim sudah menyertai sesi latihan pasukan Hijau Kuning

PETALING JAYA: Tempoh jendela perpindahan kedua Liga Malaysia yang bakal ditutup hari ini menyaksikan Kedah Darul Aman (KDA) mengumumkan penyertaan dua pemain baharu.

J. Partiban disambar secara pinjaman daripada Kuala Lumpur City menyaksikan pemain sayap kiri itu beralih arah ke utara tanah air pula pada baki saingan Liga Super hingga hujung tahun.

KDA menjadi pasukan kelima disertai Partiban

Kehadiran pemain berusia 30 tahun itu membolehkannya kembali bersatu semula dengan jurulatih Mohd Nafuzi Mohd Zain yang pernah bersama-sama dengan pasukan Terengganu pada 2017 dan 2018.

Skuad Jelapang Padi itu turut mengalu-alukan kepulangan bekas pemainnya Abdul Halim Saari yang beraksi di bahagian tengah.

Pemain berasal dari Kulim itu yang kali terakhir menyarung jersi Selangor FC tahun lalu telah bersetuju dengan ikatan kontrak hingga saingan berakhir tahun ini.

Halim mengalami kecederaan lutut Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada Mac 2022 dan telah berusaha mengembalikan kecergasan dirinya menerusi proses pemulihan sejak awal tahun ini di negeri kelahirannya.

Sang Kenari yang menghuni tangga ketiga Liga Super selepas 18 perlawanan dengan kutipan 37 mata dijadual menentang Perak FC di Ipoh Khamis ini, dalam pertembungan permulaan Piala Malaysia di pusingan 16.

Loading...
Terkini