comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Gol saat akhir Kimhong kecewakan Malayan Tigress

FOTO: FAM / Facebook

PHNOM PENH: Skuad negara hampir-hampir meraih satu mata di perlawanan pembukaan Kelayakan Piala Asia Bawah 20 Tahun kumpulan G di Kemboja hari ini namun dikecewakan dengan jaringan pemisah tuan rumah pada saat akhir permainan.

Anak buah Cameron Ng itu pada awalnya seakan gementar dan bermain dengan berhati-hati sebaik sepak mula dilakukan.

Malayan Tigress dan Kemboja selepas itu saling tampil mengatur gerakan-gerakan bagi mencipta peluang namun dipatahkan oleh barisan pertahanan masing-masing.

FOTO: FAM / Facebook

Ketika keyakinan semakin memuncak dipamerkan pemain negara yang sudah menyesuaikan diri, Nur Najwa Irdina Zaidi melepaskan rembatan dari kawasan tengah padang yang kemudiannya singgah di palang gol lawan pada minit ke-84.

Harapan untuk mengecap keputusan positif dengan mengikat lawan berkecai apabila Tun Kimhong memanfaatkan kesempatan bola yang gagal dikeluarkan pemain negara dengan merembat masuk menewaskan Daliea Eliesa Mohd Hafiz pada masa kecederaan.

Keputusan 1-0 memihak Kemboja membolehkan mereka menamatkan aksi kelayakan di Stadium Smart RSN mengumpul 3 mata dari dua perlawanan.

Peluang seterusnya Malaysia untuk meraih kelayakan ke peringkat kedua ialah misi wajib menang dengan jaringan besar ke atas Myanmar dalam aksi terakhir di gelannggang sama Ahad ini.

Loading...
Terkini