comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: FAM kecewa skuad bola sepak gagal tepati sasaran di Sukan SEA

Datuk Hamidin (berbaju melayu) semasa mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri FAM-MFL di Kelana Jaya. – FOTO: NSTP

KELANA JAYA: Nasib pasukan bola sepak lelaki yang pulang awal dari Sukan SEA di Kemboja berakhir semalam sememangnya mengundang rasa tidak puas hati ramai.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut mengakui hampa dengan nasib yang menimpa skuad bawah 23 tahun itu memandangkan diletakkan sasaran mara ke perlawanan akhir penentuan ibu segala pingat.

“Saya dan FAM dah tentu kecewa,” jawab Presiden Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Kita akan melihat dahulu laporan daripada beliau dan barisan teknikal, untuk pihak Pengarah Teknikal Scott O Donell dan jurulatih senior Kim Pan Gon bersama jawatankuasa pasukan kebangsaan membuat semakan. Mungkin minggu depan ia siap dan kita akan pertimbangkannya dari situ,” tambah beliau lagi semasa Majlis Hari Raya Aidilfitri FAM-MFL di sini hari ini.

Selepas proses berkenaan baharulah badan induk itu melakukan tindakan seterusnya kerana pasukan tersebut masih mempunyai dua lagi tugasan utama sepanjang 2023.

Aksi pemain skuad bawah 22 lelaki negara ketika menentang Thailand di Sukan SEA ke-32 di Kemboja. FOTO: Football Association of Malaysia/ Facebook

Ia merupakan pengalaman sulung Elavarasan dalam saingan kompetetif dengan Kejuaraan AFF dan Kelayakan Piala Asia yang menjadi medan ke pusingan akhir kelayakan Sukan Olimpik 2024 menanti mereka.

Malaysia mengakhiri peringkat kumpulan B di tangga ketiga mengumpul enam mata di belakang juara Thailand diikuti Vietnam.

Pemain negara menewaskan Laos 5-1 dan Singapura 7-0 tetapi tewas 0-2 kepada Thailand dan 1-2 kepada Vietnam yang menyebabkan tidak layak ke fasa empat terbaik.

Loading...
Terkini