Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Ekor Harimau Malaya mula banjiri Stadium Nasional

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

BUKIT JALIL: Lautan warna hitam-kuning mula membanjiri Stadium Nasional petang ini menuju pertembungan separuh akhir pertama Piala AFF diantara Malaysia dan Thailand.

Ribuan penyokong berada di Bukit Jalil sejak tengah hari lagi memandangkan pintu stadium mula dibuka jam 4 petang bagi kemasukan penonton.

Mereka yang turut digelar ‘Ekor’ Harimau Malaya menjadi harapan melaungkan sorakan padu kepada pemain negara menyaingi Thailand.

Pasukan kebangsaan sememangnya mengharapkan kehadiran pemain ke-12 ini mengiringi perjuangan mereka di atas padang menentang pelawat untuk mencari bekalan penting dibawa ke gelanggang lawan dalam aksi kedua 10 Januari nanti.

Skuad bimbingan Kim Pan Gon dijangka tidak ketandusan pembakar semangat malam ini meskipun kapasiti penyokong di Stadium Nasional dikurangkan kepada 59,000 sahaja memandangkan gelanggang tersebut sedang dipersiapkan bagi konsert artis Taiwan Jay Chou 15 Januari nanti.

Malaysia akan bertandang ke Thammasat Stadium, Pathum Thani Selasa ini bagi pertembungan timbal balik.

Loading...
Terkini