BUKIT JALIL: Penyokong pasukan kebangsaan tetap setia hadir ke Stadium Nasional sejak petang lagi menjelang sepak mula perlawanan terakhir kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Meskipun cuaca kurang baik di Lembah Klang akibat hujan sebentar tadi, mereka tetap kelihatan berada di perkarangan stadium.
Sehingga jam 5 petang tadi, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan telah menjual 12,254 keping tiket perlawanan Malaysia menentang Taiwan.
Sepak mula dijadual jam 9 malam ini merupakan penentu hidup mati kempen Harimau Malaya untuk menempah slot ke Piala Asia lebih awal dengan syarat perlu merakam kemenangan besar selain berharap Kyrgyzstan yang menjadi pencabar utama perebutan tempat kedua tewas di tangan Oman malam nanti.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa