NYON: Undian menarik disaksikan pada penentuan aksi Pusingan 16 Liga Europa dengan beberapa pasukan tumpuan mendapat laluan getir.
Arsenal diundi menentang Sporting Club dari Portugal dengan wakil terakhir England Manchester United pula menghadapi satu lagi kelab Sepanyol Real Betis.
Roma dari Itali diundi menentang Real Sociedad manakala wakil senegara Sevilla dari Sepanyol melawan jaguh Turki Fenerbahce.
Aksi pertama dijadual 9 Mac disusuli perlawanan timbal balik pada enam hari berikutnya.
Berikut ialah undian penuh yang diadakan di Nyon, Switzerland hari ini.
Union Berlin – Union Saint-Gilloise
Sevilla – Fenerbahçe
Juventus – SC Freiburg
Bayer Leverkusen – Ferencváros
Sporting CP – Arsenal
Manchester United – Real Betis
Roma – Real Sociedad
Shakhtar Donetsk – Feyenoord