Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: 26 pemain sertai kem latihan pusat Malayan Tigress sebelum ke Kemboja

KELANA JAYA: Pasukan bola sepak wanita negara menyambung kembali persediaan ke Sukan SEA Kemboja yang dijadual membuka tirai awal bulan depan.

Jurulatihnya Soleen Al-Zoubi mengharapkan barisan pemain bersikap positif dengan menimba pengalaman sebanyak mungkin apabila bertarung dengan jaguh-jaguh Asia seperti Vietnam, Filipina dan Myanmar yang turut berada bersama Malaysia dalam kumpulan A di temasya dwi-tahunan itu nanti.

Sesi sulung soleen itu di padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam menyaksikan 26 pemain telah dipanggil untuk mengharungi persiapan selama 25 hari.

Fokus utama pasukan ialah bukan sekadar menyediakan barisan bertanding di Kemboja semata-mata, tetapi juga medan pendedahan membentuk skuad masa hadapan.

Latihan dalam bulan puasa memberikan cabaran tersendiri kepada pemain, dengan mereka turut dibekalkan program kecergasan lebih awal.

“Macam saya dah biasa sebab Sukan SEA tahun lepas juga berkumpul bulan Ramadan. Jadi kitorang dah biasa. Jurulatih juga dah tetapkan waktu sahur, jadi ada masa rehat panjang, lepas iftar semua bersedia bagi 100%,” kata penyerang Intan Sarah Anisah Zulgafli.

Malayan tigress dijadual terbang ke Phnom Penh pada Ahad, 30 April.

Malaysia akan membuka tirai saingan kumpulan A hari Selasa, 2 Mei menentang Filipina, disusuli Vietnam dua hari berikutnya.

Indonesia menjadi lawan ketiga yang akan ditempuhi pada 6 Mei sebelum mereka melengkapkan kempen berdepan Myanmar dengan kesemua aksi dimainkan di Stadium Army.

Loading...
Terkini