comscore
Tumpuan :
Sukan

Bintang Ecuador maut sebulan selepas terbabit kemalangan

Angulo mengalami kecederaan kepala dan lebam pada paru-paru. – FOTO: Reuters

QUITO: Pemain bola sepak antarabangsa Ecuador, Marco Angulo meninggal dunia pada usia 22 tahun, sebulan selepas mengalami kecederaan kritikal akibat terbabit kemalangan kereta.

Angulo terbabit dalam kemalangan pada 7 Oktober lalu yang turut mengorbankan bekas rakan sepasukannya ketika skuad remaja, Roberto Cabezas.

Menurut kenyataan Persekutuan Bolasepak Ecuador, Angulo mengalami kecederaan kepala dan lebam pada paru-paru dan meninggal dunia di sebuah hospital di Quito selepas seminggu di unit rawatan rapi (ICU).

Angulo bermain untuk kelab juara liga Ecuador, LDU Quito, sejak Mac lalu selepas dipinjamkan dari kelab MLS Cincinnati.

Dia membuat penampilan pertama untuk pasukan senior kebangsaan Ecuador pada tahun 2022 dan sudah meraih dua kap.

“Marco bukan sahaja pemain cemerlang tetapi juga rakan sepasukan yang hebat,” kata Persekutuan Bolasepak Ecuador, hari ini.

“Kami amat berdukacita atas kehilangan Marco – seorang suami dan ayah, seorang saudara dan anak serta seorang rakan.

“Marco meninggalkan seorang isteri dan anak lelaki yang masih kecil. Dia berusia 22 tahun,” kata kenyataan dari kelab Cincinnati.

Menurut laporan media Ecuador, tiga orang, termasuk Angulo, meninggal dunia daripada lima orang terbabit dengan insiden kemalangan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini