Tumpuan :
Sukan

Bin Shen, BAM berpisah

FOTO: Badminton Association of Malaysia (BAM)/ Facebook

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

KUALA LUMPUR: Arena badminton tanah air menerima perkhabaran mengejutkan apabila kehilangan jurulatih penting pasukan kebangsaan.

Tan Bin Shen yang ditugaskan mengetuai sektor beregu lelaki sejak Oktober lalu mengumumkan perpisahannya dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkuat kuasa 13 Januari depan.

Menerusi satu kenyataan penghargaan petang tadi, individu berusia 40 tahun itu telah banyak menyumbang terhadap bahagian beregu khususnya lelaki termasuklah kejayaan Aaron Chia/ Soh Wooi Yik melakar sejarah muncul juara dunia pada 2022 serta membawa pulang pingat gangsa dari Olimpik 2024 buat kali kedua.

Bin Shen yang menyertai BAM sejak 2020 menjelaskan berpuas hati serta berbangga dengan pencapaian dimiliki sepanjang tempoh tersebut.

“Ia perjalanan yang sangat memuaskan bertugas bersama skuad beregu lelaki.

Saya bangga dengan apa yang kami capai bersama dan saya bersedia melangkah ke hadapan untuk cabaran seterusnya.” katanya menurut kenyataan yang dikeluarkan.

BAM akan mengisi kekosongan tersebut dengan pengganti baharu dalam masa terdekat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini