comscore
Tumpuan :
Sukan

Beregu lelaki negara pula layak ke final Terbuka Arctic

Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun terpaksa bertarung tiga set sebelum mengesahkan tempat ke final Terbuka Arctic di Vantaa, Finland, awal pagi tadi.

Wei Chong-Kai Wun bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum menundukkan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark 19-21, 21-19, 21-19 pada separuh akhir dalam tempoh 67 minit.

Menanti mereka pada perlawanan akhir malam ini pilihan keempat dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Pasangan negara itu menewaskan lawan mereka dalam satu-satunya pertembungan sebelum ini pada pusingan pertama Masters Malaysia di Kuala Lumpur Mei lalu.

Mereka menang 25-23, 21-16 pada perlawanan itu sebelum bergelar naib juara.

Terdahulu, Ng Tze Yong menempah slot ke final selepas menang mudah 21-12, 21-16 ke atas Kanta Tsuneyama dari Jepun.

Tze Yong akan bertemu rakan senegara, Lee Zii Jia yang menewaskan bintang Denmark, Anders Antonsen 21-17, 13-8 selepas lawannya itu menarik diri akibat kecederaan pada satu lagi aksi separuh akhir.

Loading...
Terkini