comscore
Tumpuan :
Sukan

Beregu campuran negara melangkah ke pusingan kedua Terbuka Denmark

Foto: BAM /Facebook

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melepasi pusingan pertama Terbuka Denmark dengan menumpaskan pasangan tuan rumah.

Pasangan nombor sembilan dunia itu mengatasi Mathias Thyrri-Amalie Magelund 21-15, 23-21 yang berlangsung di Arena Jyske Bank di Odense.

Tang Jie-Ee Wei bagaimanapun bakal bedepan ujian sebenar apabila akan bertemu pemenang perlawanan antara pilihan kelima dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dengan pasangan England, Marcus Ellis-Lauren Smith bagi perebutan tiket ke suku akhir, esok.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei terpaksa akur apabila terkandas di pusingan pertama kejohanan kali ini.Bekas juara remaja dunia dua kali itu tunduk di tangan pilihan kelima dari China, He Bing Jiao 11-21, 10-21.

Loading...
Terkini