comscore
Tumpuan :
Sukan

Bellingham kini milik Real Madrid

Pemain baharu Real Madrid, Jude Bellingham melayan soalan wartawan ketika diperkenalkan di Santiago Bernabeu, Madrid awal pagi tadi. – FOTO: REUTERS

MADRID: Pemain kebangsaan England, Jude Bellingham muncul pemain paling mahal Britain sepanjang zaman selepas melengkapkan perpindahan bernilai £115 juta (RM680 juta) ke Real Madrid.

Madrid mengumumkan ketibaannya di laman Twitter dengan gambar pemain itu bersama jersi baharu kelab dengan kapsyen “Hey Jude” merujuk kepada lagu terkenal kumpulan Beatles.

Kelab itu mengeluarkan kenyataan mengesahkan perpindahan itu dan mendedahkan Bellingham akan diperkenalkan kepada penyokong.

“Real Madrid CF dan Borussia Dortmund bersetuju dengan perpindahan pemain Jude Bellingham, yang akan bersama kelab kami bagi enam musim berikutnya.”

Jersi Real Madrid dengan nama dan nombor pemain baharu Jude Bellingham dipamerkan di luar kedai cenderamata Real Madrid selepas pemain England itu melengkapkan perpindahan dari Borussia Dortmund. – FOTO: REUTERS

Bekas bintang Birmingham City itu menandatangani kontrak enam tahun bersama Real dan kelab Liga Kejuaraan itu akan meraih tambahan £10 juta (RM59 juta) susulan klausa jualan dalam perjanjian apabila dia menyertai Dortmund pada tahun 2020.

The Blues pada awalnya menerima £25 juta (RM148 juta) apabila mereka menjualnya kepada kelab Bundesliga itu.

Pemain tengah England itu menjadi sasaran utama pembelian Carlo Ancelotti pada musim panas ini.

Perpindahan itu sesuatu yang berbaloi buat Madrid, dengan Bellingham sudah diiktiraf sebagai antara pemain terbaik dunia pada usia hanya 19 tahun.

Dia menjaringkan 24 gol dalam 132 perlawanan bersama Dortmund, menjuarai Piala Jerman pada 2021.

Loading...
Terkini