comscore
Tumpuan :
Sukan

Belanjawan 2024: Kerajaan memperuntukkan RM72 juta bagi memperkukuh ekosistem atlet acara podium

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Kejayaan Kontinjen Malaysia melepasi sasaran 27 pingat pada Sukan Asia Hangzhou dengan membawa pulang 32 pingat, mendapat ucapan tahniah daripada  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan belanjawan 2024 hari ini.

Mengharungi saingan lebih mencabar tahun hadapan, kerajaan memperuntukkan RM72 juta bagi memperkukuh ekosistem atlet acara podium

Ini termasuklah RM20 juta di bawah inisiatif Road to Gold sebagai persediaan untuk menggapai pingat emas pertama menjelang temasya Olimpik Paris 2024.

Perdana Menteri  turut mengumumkan RM12 juta kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk program latihan dan persediaan atlet ke temasya sukan para antarabangsa.

Manakala RM50 juta disediakan bagi menyelenggara dan menaiktaraf kemudahan belia dan sukan di seluruh negara khususnya bagi prasarana yang daif.

FOTO: MSN

“Susulan sambutan tahun ini yang amat menggalakkan, kerajaan akan terus menyediakan dana geran padanan RM50 juta bagi menggalakkan penganjuran acara sukan berprestasi tinggi oleh badan sukan dan sektor swasta.

“Bagi melahirkan generasi masa depan berpengetahuan, berkemahiran dan berbakat dalam sukan, kerajaan bersetuju memberikan potongan cukai sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat bagi individu atau syarikat yang menyumbang kepada institusi, organisasi atau tabung diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang melaksanakan program pendidikan termasuk pendidikan sukan,” kata Perdana Menteti  ketika membentangkan Belanjawan 2024.

Sebanyak RM30 juta turut diperuntukkan untuk menggalakkan syarikat atau studio permainan video antarabangsa melabur di Malaysia dalam pembangunan produk digital mereka bersama-sama bakat tempatan dalam usaha mempromosi Malaysia sebagai hab pembangunan industri e-sukan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini