comscore
Tumpuan :
Sukan

Belanjawan 2024: Kerajaan akan terus memperbanyak program sukan dan riadah untuk rakyat

KUALA LUMPUR: Peranan sukan dalam membina keakrabab rakyat Malaysia turut mendapat perhatian Perdana Menteri dalam pembentangan belanjawan 2024 hari ini.

Bukan sekadar  untuk menjadi aktif dan cergas malah semangat kesukanan dapat disemarakkan walaupun  berbeza kaum dan  kebhinekaan masyarakat.

Bertepatan sambutan Hari Sukan Negara esok, kerajaan akan terus memperbanyak program sukan dan riadah untuk rakyat termasuklah Program Kemahiran Sukan Renang untuk kanak-kanak, OKU dan warga emas daripada keluarga kurang berkemampuan.

Aktiviti sukan dan riadah juga akan dianjurkan untuk membentuk warga emas yang aktif dan cergas.

Manakala  Program Perkhemahan Keluarga dengan merakyatkan fasiliti Kementerian Belia dan Sukan untuk tujuan perkhemahan dengan kadar minimum di enam Kem Wawasan Negara seperti di Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan dan Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak.

Kerajaan juga  mencadangkan pelepasan cukai khusus untuk pembelian peralatan dan aktiviti sukan terhad sehingga 1,000 ringgit dan ini juga akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini