Tumpuan :
Sukan

Bekas pengurus ‘kesayangan’ United rindu Old Trafford

Kejayaan menjuarai Piala FA Inggeris adalah yang terbesar buat Erik ten Hag ketika menjadi pengurus Manchester United. – FOTO FAIL REUTERS

LONDON: Erik ten Hag tidak dapat menyembunyikan perasaannya selepas meninggalkan Manchester United awal musim ini.

Selepas musim pertama penuh harapan dengan merangkul Piala Liga serta layak ke Liga Juara-Juara, kempen kedua Ten Hag berdepan banyak ranjau berduri.

Musim 2023-24 tempoh tidak menentu di kelab itu dengan Jim Ratcliffe dan INEOS melengkapkan pembelian 25 peratus pegangan saham dan kelihatan mahu merevolusikan bahagian sukan kelab itu tetapi di tengah padang persembahannya tidak berubah.

Sekalipun Ten Hag berjaya mengemudi kemenangan Piala FA tahun lalu ke atas musuh tradisi Manchester City, ia tidak mencukupi untuk menyelamatkannya selepas permulaan buruk musim 2024-25.

Selepas kurang tiga bulan dalam kempen itu, posisi Ten Hag semakin sukar untuk dipertahankan dan beliau akhirnya dipecat selepas persembahan buruk susulan kekalahan 2-1 kepada West Ham, sebelum digantikan oleh Ruben Amorim.

Namun kini, beliau sudah memberikan temu ramah membincangkan mengenai masanya di Old Trafford sejak itu, dengan bicara penuh akan disiarkan hari ini.

Temu ramah itu menyaksikan Ten Hag bercakap mengenai apa yang paling dirinduinya mengenai Manchester United dan bila beliau akan mengendalikan satu pasukan baharu.

“Saya sudah memutuskan untuk diri sendiri, ‘Ok, saya tidak akan melakukan apa-apa hingga 1 Julai,” bekas bos Red Devils itu memberitahu audio siar SEG Stories.

“Jika ada satu perkara yang saya rindui adalah Old Trafford. Anda sentiasa berusaha ke arah satu titik di kaki langit, tetapi anda tidak pernah sampai ke kaki langit.

“Kami mempunyai banyak prestasi tinggi, sentiasa ada ruang untuk peningkatan dan sekadar bagus tidak mencukupi. Anda boleh melakukan yang lebih baik.” – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini