KUALA TERENGGANU: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Harun Jusoh meninggal dunia hari ini akibat masalah masalah saraf yang dihadapinya sejak 5 tahun lalu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya petang tadi kira kira jam 4.26 pada usia 75 tahun di rumahnya di Lorong Haji Da, Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 4 anak.
Jenazah Allahyarham dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kubur Atas Gong Batu Buruk selepas solat Isyak.
Allahyarham yang merupakan pemain seangkatan dengan lagenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Aun dan Allahyarham Mokhtar Dahari dan pernah beraksi di Olimpik Munich 1972.