Tumpuan :
Sukan

Beasley berpuas hati Velodrom di tahap terbaik

Oleh: Hasnida Hanim Ahmad Kamil

PARIS: Jurulatih skuad berbasikal trek negara John Beasley berpuas hati dengan tahap persediaan venue pertandingan iaitu Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines yang mempunyai permukaan baharu sekaligus akan menambah kelajuan dengan cuaca panas.

“Kemungkinan trek akan jadi laju. Atlet semua pernah berlumba di sini so agak cepat sesuai dengan permukaan di sini. Ada satu sesi latihan lagi sebelum acara bermula pada Rabu ini.

“Persediaan seperti dirancang. Fasa terakhir di Mallorca sangat positif. Persekitaran yang baik dalam kalangan atlet, staf dan jurulatih. Data dan maklum balas daripada atlet menunjukkan team di landasan yang betul.”

Ia merupakan persediaan terakhir skuad basikal trek negara setelah segala kerja keras dilakukan selama ini cuma perlu memperbaiki perkara-perkara kecil dari segi teknikal, taktikal, fisiologikal, dan psikologi untuk memastikan pelaksanaan yang sempurna.

Bagi acara pecut, Beasley akan menilai kemampuan pelumba negara pada kelayakan 200 meter. Dari situ barulah boleh menilai sejauh mana kemampuan Malaysia.

“Saya hanya menyasarkan personal best for Azizul, Shah dan Izzah bagi 200 meter.”

“Bagi Keirin, ini adalah sasaran utama kami. Pelaksanaan taktikal paling penting bagi setiap heat. Kita sudah melaksanakan banyak simulasi dan menilai taktikal lawan.“

Tambah Beasley ia amat penting bagi memastikan pemilihan gear bersesuaian dalam taktikal perlumbaan dan paling utama adalah memastikan atlet sihat dan cepat pulih daripada acara pecut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini