comscore
Tumpuan :
Sukan

Bayern gagal perangkap Real di Munich

MUNICH: Kelebihan beraksi di arena sendiri gagal dimanfaatkan Bayern Munich apabila seri dua sama menentang Real Madrid pada saingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.

Malah Bayern ketinggalan seawal minit ke-24 menerusi penyerang Brazil, Vinicius Junior.

Meskipun bangkit dengan dua gol pantas pada babak kedua menerusi jaringan menarik Leroy Sane dan sepakan penalti Harry Kane, Bayern gagal meneruskan penguasaan.

Sebaliknya Real memastikan bekalan agak selesa pada aksi timbal balik di Santiago Bernabeu minggu depan, apabila mengikat kedudukan tujuh minit sebelum wisel penamat, juga menerusi Vinicius.

“Dalam pertandingan ini amat penting untuk tidak kalah dan kami berada di sini kerana kami belum kalah,” kata Vinicius

“Saya amat gembira mampu menjaringkan dua gol dan kini kami perlukan satu malam penuh magis di laman sendiri,” katanya.

Bayern, yang mendominasi sebahagian besar perlawanan itu, masih berharap untuk mara ke final di Wembley awal bulan depan.

“Kami mencipta banyak peluang, tetapi kami gagal menyudahkannya beberapa kali. Mereka hanya ada tiga peluang dan menyempurnakan dua gol,” kata pemain tengah Beyern, Konrad Laimer.

“Kami perlu meneruskan dengan fikiran tenang, berehat hingga minggu depan dan kami akan memberikan segala-galanya untuk meninggalkan Bernabeu dan layak ke London,” kata Vinicius pula, penuh yakin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini