comscore
Tumpuan :
Sukan

Basikal trek: Anis sangkut di pusingan awal, Izzah lolos ke suku akhir keirin

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

BALLERUP: Malaysia mempunyai wakil di peringkat suku akhir keirin Kejuaraan Dunia yang dijadual berlangsung jam 7.32 malam nanti.

Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menjadi sandaran tunggal selepas meloloskan diri menerusi repechage pusingan pertama.

Juara keirin Asia itu pada mulanya menduduki tempat ketiga dalam saringan pertama peringkat awal di belakang Martha Pineda Bayona dari Colombia dan Fuko Umekawa.

Izzah kemudian membuat kebangkitan dengan memanfaatkan peluang kedua dari perlumbaan repechage menerusi catatan 11.605 saat (s) di tempat pertama yang membawanya ke fasa suku akhir.

Penyertaan rakan sepasukan Anis Amira Rosidi di Ballerup Super Arena di Denmark pula terhenti lebih awal selepas berada di tempat ketiga saringan kedua repechage yang memberikan slot kepada dua pelumba terbaik.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini