comscore
Tumpuan :
Sukan

Barisan kejurulatihan ABM bakal dirombak – Rexy

KUALA LUMPUR: Akademi Badminton Malaysia (ABM) dijangka membuat rombakan barisan kejurulatihan, itu kata Pengarah Kejurulatihan ABM Rexy Mainaky.

Menurut Rexy  pihak pengurusan tertinggi badan induk itu akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara berkenaan secara terperinci.

“Setakat ini perbincangan untuk menambah atau merombak jurulatih akan diadakan pada 24 Sept ini dan melibatkan bahagian perlu sahaja. Sudah ada ’calon’, tapi akan dibincangkan dalam mesyuarat nanti,” katanya kepada pemberita di ABM di sini hari ini.

Mei lepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pernah mengiklankan jawatan bagi mencari jurulatih perseorangan lelaki baharu buat skuad senior kebangsaan.

Sementara itu Rexy berkata mesyuarat berkenaan juga akan membincangkan keperluan mengecilkan jumlah pemain dalam skuad senior dan remaja kebangsaan.

Ini kerana beliau merasakan jumlah pemain dimiliki kedua-dua pasukan berkenaan agak tinggi berbanding keperluan sebenar iaitu sekitar 50 pemain bagi skuad senior dan remaja.

“Sekarang 70 (pemain remaja) manakala senior ada lebih 50 pemain. Jadi kita akan bincang dengan jurulatih semua berapa jumlah ideal dalam setiap pasukan,” katanya.

— BERNAMA–

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini