Tumpuan :
Sukan

Barcelona hampiri Real, Atletico selepas tewaskan Sevilla

FOTO: REUTERS

SEVILLE: Barcelona terus memberi tekanan kepada dua pasukan teratas La Liga, Real Madrid dan Atletico Madrid apabila menewaskan Sevilla 4-1 di tempat lawan, pagi tadi.

Jaringan Robert Lewandowski, Fermin Lopez, Raphinha dan Eric Garcia melonjakkan skuad kendalian Hansi Flick ke tangga ketiga dengan 48 mata, satu dibelakang Atletico yang menghuni tangga kedua dan dua mata di belakang pendahulu, Real.

Sevilla, tanpa kemenangan dalam tiga aksi terakhir liga, kini di tangga ke-13 dengan 28 mata.

Lewandowski meletakkan Barcelona di depan pada minit ketujuh tetapi Ruben Vargas kembali menyamakan kedudukan seminit kemudian.

Lopez yang masuk sebagai pemain gantian sekali lagi meletakkan Barca di depan dua minit selepas rehat, disusuli Raphinha melebarkan jurang pada minit ke-55 dengan rembatan dari luar kotak penalti.

Lima minit kemudian, Barca terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Lopez dilayangkan kad merah kerana mengasari Djibril Sow, namun mereka berjaya menahan asakan Sevilla dan meledak gol keempat menerusi tandukan Garcia pada minit ke-89. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini