comscore
Tumpuan :
Sukan

Bagnaia Minta Nasihat Rossi Sebelum Beraksi Di Sepang

FOTO: MotoGP

Oleh Hazreen Mubarak

PUCHONG: Pendahulu kejuaraan dunia MotoGP Francesco Bagnaia tekad berikan tunggangan terbaik dalam misi memperkukuhkan kedudukan menjelang GP Sepang, Ahad ini.

Berbaki dua pusingan, Bagnaia akan menggunakan segala yang diperlukan termasuklah kemungkinan mendapatkan nasihat dari juara dunia 9 kali Valentino Rossi.

“Saya akan cuba hubungi dia minggu ini. Saya akan cuba dapatkan nasihat dia dan akan berikan yang terbaik pada perlumbaan itu nanti.” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai sesi bertemu peminat yang diadakan di Puchong, Selangor, semalam.

Bagnaia dari pasukan Lenovo Ducati Team berpeluang untuk memuktamadkan kejuaraan lebih awal menjelang saingan pusingan ke-19 MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), bermula esok.

Ini adalah kali kedua dia berlumba di Litar Sepang dengan kali pertama pada 2019 menyaksikan Bagnaia yang baru saja menyertai MotoGP, menamatkan saingan di tempat ke-12.

Setakat ini, pelumba Itali berusia 25 tahun ini sudah mengumpul 233 mata hasil 9 kemenangan podium dan 6 juara pusingan.

Mengekori rapat ialah Fabio Quartararo dari pasukan Monster Energy Yamaha di tempat kedua (219 mata) sementara pelumba Aprilia Racing, Aleix Espargaro di posisi ketiga dengan 206 mata.

Loading...
Terkini