![](https://media.buletintv3.my/2024/03/zwgXkBpg-BTV3-WORK-12.jpg)
PETALING JAYA: Kempen pasukan negara di Piala Thomas bukan semudah yang disangka di sebalik undian meyakinkan bersama Denmark dan Hong Kong selain Algeria dalam kumpulan D di China, bulan depan.
Realiti tersebut disuarakan bekas jaguh, Roslin Hashim yang menyifatkan keadaan skuad lelaki ketika ini kritikal sekaligus menyukarkan Malaysia melangkah jauh.
“Kita punya pasukan ni tak mantap, tak seimbang antara perseorangan dan beregu. Kalau tengok sekarang ini kita kalau nak menang dalam kumpulan ke suku akhir ke separuh atau apa-apa pun kita kena ambil dua beregu dan satu perseorangan. Itu je peluang kita, kalau salah satu tersilap langkah, habis, pasal kita tak boleh bergantung kepada perseorangan kedua dan ketiga kerana jurang mereka ni agak jauh”, kata Roslin yang pernah menghuni ranking pertama perseorangan dunia pada April 2001.
![](https://media.buletintv3.my/2024/03/VCWaCiuX-BTV3-WORK-13.jpg)
Laluan ditempuhi Malaysia tidak sesukar kumpulan lain khususnya B dan C, tetapi beliau menjelaskan skuad negara tidak boleh mengambil mudah Hong Kong yang mungkin berpotensi melakar kejutan.
Secara realistik, kemampuan skuad lelaki yang bakal diterajui Lee Zii Jia terkesan, mengambil kira kecederaan menimpa pemain perseorangan Ng Tze Yong.
“Nak juara apa kalau pasukan yang ada tempang, macam mana nak juara? Nak tak nak kene terima apa yang ada sekarang. Kalau sasar juara takkan dapat dengan pasukan yang ada ini. Ketiadaan Ng Tze Yong bukan alasan, kerana sepatutnya fikir sebab tiada player perseorangan kita sekarang. Ini yang perlu disediakan dari dulu tapi tak ada. Jadi sasarkan je suku akhir, tak perlu sasar sampai juara”, jelas beliau yang berpengalaman beraksi di lima edisi.
Malaysia yang kali muncul juara buat kali pertama pada 1992 gagal menambah gelaran menerusi empat penampilan akhir dalam 15 kempen selepas itu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.