comscore
Tumpuan :
Sukan

Badminton: Thinaah/Pearly ke separuh akhir, Wei Chong/Kai Wun tewas

Pearly/ Thinaah bakal mengulangi pertemuan separuh akhir dengan Ha Na/ So Hee seperti di Terbuka Korea dua minggu lalu.

Oleh: Saiyed Ismail

KOWLOON: Beregu wanita kebangsaan meneruskan rentak meyakinkan di Terbuka Hong Kong apabila Pearly Tan/M. Thinaah melepasi halangan Indonesia di suku akhir hari ini.

Pilihan ketiga kejohanan itu mencatat keputusan 21-14 ke atas Febriana Dwipuji Kusuma/Amallia Cahaya Pratiwi di set pertama.

Lawan yang merupakan pilihan kelapan jelas gagal mamatahkan asakan Pearly/Thinaah yang semakin selesa di set kedua seterusnya merakam 21-13.

Perlawanan berkesudahan dalam tempoh 31 minit di Hong Kong Coliseum membolehkan mereka menempah pertemuan dengan pilihan pertama, Baek Ha Na/Lee So Hee dari Korea Selatan di separuh akhir esok.

Beregu lelaki kebangsaan Man Wei Chong/Tee Kai Wun pula gagal menjejaki langkah sama.

Pilihan ketujuh itu yang berdepan Sabar Karyaman Gutama/Mohd Reza Pahlavi Isfahani dari Indonesia kecundang dalam tempoh 35 minit menerusi keputusan straight-set 18-21, 15-21.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini