PETALING JAYA: Selepas menampilkan kebangkitan pada dua aksi sebelumnya, perseorangan lelaki negara Justin Hoh terpaksa akur gagal melepasi suku akhir pada BadmintonTerbuka Taiwan petang tadi.
Justin tewas kepada pemain tuan rumah yang juga pilihan pertama Chou Tien Chen 12-21,14-21.
Mendudukki ranking ke-18 dunia, pemain muda negara itu nyata sukar menyaingi Tien Chen yang menepati reputasinya selaku pemain ke-9 dunia apabila menang dalam masa 43 minit.
Justin sebelum ini bangkit dua kali, mengalahkan pemain Perancis Arnaud Merkle pada pusingan pertama 10-21,21-14, 21-13 dan menewaskan Yohanes Saut Marcellyno 12-21,21-9,21-14 pada pusingan kedua.
Terdahulu tiga perseorangan negara Cheam June Wei, Soong Joo Ven dan Tan Jia Jie tersingkir seawal pusingan pertama.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.