TOKYO: Dua wakil negara yang terawal turun di pusingan pertama Terbuka Jepun hari ini melepasi halangan awal masing-masing.
Beregu campuran, Chen Tang Jie/ Toh Ee Wei hanya beraksi selama 30 minit sahaja ketika menentang Robin Tabeling/ Selena Piek dari Belanda.
Ia merupakan pertemuan ketiga diantara pasangan Malaysia dan lawannya itu menyaksikan Tang Jie/ Ee Wei meneruskan rentak kemenangan kedua berturut-turut selepas pusingan kedua Terbuka Singapura awal Jun lalu.
Tang Jie/ Ee Wei menang 21-15, 21-18 untuk menempah pertemuan dengan ranking nombor satu dunia dari China Zheng Si Wei/ Huang Ya Qiong esok.
Turut ceria melepasi pusingan pertama sebentar tadi ialah beregu wanita Pearly Tan/ M. Thinaah yang menewaskan Liu Sheng Shu/ Tan Ning.
Pemain kebangsaan itu mendapat kemenangan pembakar semangat 21-11 di set pertama, namun hilang momentum menyebabkan lawan bangkit mengheret ke perlawanan penentuan menerusi 21-9.
Beregu nombor 11 dunia negara itu terus berdepan saingan sengit dan mengekalkan disiplin serta tumpuan di saat genting membolehkan mencapai mata kejayaan dengan catatan 21-19.
Kedua-duanya diramal berdepan pemain nombor satu dunia, Chen Qing Chen/ Jia Yi Fan dari China sekali lagi di fasa sama, selepas dihmpakan 17-21, 21-17, 19-21 di Terbuka Korea Selatan Khamis lalu.