Tumpuan :
Sukan

BADMINTON: Sze Fei/ Nur Izzuddin lepas pusingan pertama, teruskan misi daki semula ranking

TOKYO: Juara Terbuka Amerika Syarikat, Goh Sze Fei/ Nur Izzuddin Mohd Rumsani terus mendapat rentak yang diinginkan apabila melangkah ke pusingan kedua Terbuka Jepun.

Beregu lelaki nombor 38 dunia itu yang beraksi di kejohanan ketiga mereka selepas bersatu semula membuat permulaan baik menerusi kemenangan ke atas wakil Jepun Ayato Endo/ Yuta Takei.

Perlawanan set pertama berlangsung sengit dengan beregu tuan rumah sentiasa memberika mereka tekanan hinggalah Malaysia mencapai mata kejayaan 21-18.

Sze Fei/ Izzuddin kian yakin di permainan berikutnya dengan pukulan-pukulan yang mematahkan serangan lawan hingga mengesahkan kemaraan hasil 21-15.

Kedua-duanya menanti pemenang diantara Keiichiro Matsui/ Yoshinori Takeuchi dari Jepun atau wakil China Liu Yu Chen/ Ou Xuan Yi esok.

Loading...
Terkini