Tumpuan :
Sukan

BADMINTON: Peng Soon/Yee See rangkul gelaran juara

Foto: BAM

KUALA LUMPUR: Gandingan profesional, Chan Peng Soon/Cheah Yee See menepati ramalan selaku pemain pilihan di saingan Masters KL apabila muncul juara beregu campuran.

Wakil negara itu meraih gelaran pertama mereka yang bergandingan bersama, selepas kali terakhir muncul juara pada 2017 di Terbuka Rusia.

Foto: BAM

Peng Soon/Yee See yang menentang Pakkapon Teeraratsakul/Phataimas Muenwong, bermula baik di Stadium Titiwangsa dengan merakam kemenangan mudah 21-9 di set pertama.

Momentum kedua-duanya menurun di permainan kedua menyebabkan ditinggalkan, sebelum kecundang 17-21.

Kebangkitan Teeraratsakul/Muenwong kemudian dilenyapkan pemain negara yang menghuni ranking ke-44 dunia itu menerusi catatan 21-10, sekali gus mengesahkan gelaran juara di Jelajah Dunia BWF 100 itu dalam tempoh 62 minit.

Loading...
Terkini