comscore
Tumpuan :
Sukan

Badminton: Hanya Tang Jie/Ee Wei lepas ke separuh akhir, dua lagi pasangan kandas 

Tang Jie/ Ee Wei menjadi harapan tunggal kem beregu campuran negara di peringkat separuh akhir Terbuka Hong Kong esok.

Oleh: Saiyed Ismail

KOWLOON: Malaysia menambah satu lagi wakil ke fasa empat terbaik Terbuka Hong Kong esok menerusi beregu campuran Chen Tang Jie/Toh Ee Wei selepas merakam kemenangan ke atas lawan dari China.

Pilihan keempat itu yang baharu menjulang gelaran Juara Terbuka Korea sebelum ini mencatat kejayaan awal 21-13 ke atas Guo Xin Wa/Chen Fang Hui di permainan permulaan namun dipintas saat akhir pada set kedua.

Kekalahan 17-21 itu bagaimanapun ditebus semula di aksi penentuan, menyaksikan Tang Jie/Ee Wei mencatat 21-10 untuk meneruskan kemaraan dari suku akhir dan berdepan Feng Yan Zhe/Huang Dong Ping dari China.

Pilihan utama beregu campuran itu layak hasil kemenangan straight-set ke atas gandingan pemain kebangsaan, Hoo Pang Ron/Cheng Su Yin 21-14, 21-15.

Cubaan pemain senior Goh Soon Huat/Shevon Lai untuk meloloskan diri ke separuh akhir di Hong Kong Coliseum hari ini juga tidak kesampaian gara-gara dijinakkan pilihan ketigaTang Chun Man/Tse Ying Suet.

Beregu campuran profesional itu tumpas kepada wakil tuan rumah dengan keputusan 18-21, 17-21 dalam masa 38 minit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini