comscore
Tumpuan :
Sukan

BADMINTON: Hang Yee/ Eng Cheong kembali naik podium juara, gelaran ketiga 2023

Hang Yee/ Eng Cheong mengatasi rakan senegara di perlawanan akhir beregu lelaki Cabaran Antarabangsa Mongolia 2023 – FOTO Facebook BAM

KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki, Low Hang Yee/ Ng Eng Cheong merangkul kejuaraan ketiga mereka tahun ini apabila memenangi saingan Cabaran Antabangsa (IC) Mongolia 2023.

Gelaran juara pertandingan gred tiga dibawah struktur Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu sah menjadi milik Malaysia apabila menemukan Hang Yee/ Eng Cheong yang merupakan gandingan bebas dengan pemain kebangsaan Chia Weijie/ Liew Xun di perlawanan akhir.

Hang Yee/ Eng Cheong yang tampil di pertarungan penentuan juara keempat IC mereka tahun ini membuktikan kemampuan dengan berada di tahap lebih baik ke atas lawan lebih muda itu menerusi permainan straight-set.

Keputusan 21-17 dan 21-15 itu membolehkan kedua-duanya menamatkan badi dua kekalahan di perlawanan akhir IC Maldives dan IC China pada bulan Jun.

Kejayaan di Mongolia hadir selepas menjuarai IC Terbuka Slovenia, Siri Antarabangsa Terbuka Slovenia (IS) buat Hang Yee/ Eng Cheong yang menghuni ranking ke-70 dunia ketika ini.

Kedua-duanya meraih habuan 1,200 dolar Amerika selaku juara dalam saingan yang menawarkan wang tunai keseluruhan berjumlah 15,000 dolar Amerika.

Loading...
Terkini